Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

67) PERLAKSANAAN OSCC

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah nilai tambah yang disuntik dalam memberdaya perlaksanaan Pusat Krisis Sehenti (OSCC)?

    Pusat Khidmat Krisis Sehenti atau lebih dikenali dengan singkatan OSCC adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk mempromosi perkhidmatan kaunseling dan khidmat nasihat yang telah sedia ada di hospital-hospital kerajaan di negeri Selangor seperi Hospital Ampang, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Serdang, Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan Hospital Kajang.

    Kerajaan Negeri yakin bahawa program-program promosi ke atas OSCC membolehkan rakyat di Selangor yang memerlukan khidmat kaunseling memperoleh perkhidmatan yang disediakan di hospital berkenaan.

    Kempen promosi OSCC yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat meliputi pendedahan kepada orang ramai mengenai perkara-perkara seperti berikut :

    1. Fungsi dan peranan OSCC;
    2. Peruntukan undang-undang yang memberi perlindungan kepada orang ramai termasuk wanita, kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan dan keganasan; dan
    3. Jenis-jenis keganasan fizikal dan mental.

    Kempen promosi seperti ini pastinya memberi pengetahuan dan pendedahan kepada orang ramai mengenai kemudahan yang sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.