Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

31) PERLAKSANAAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Garis panduan bagi semua agensi dan syarikat berkaitan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), jika ada, perincian perbelanjaan dan senarai benefisiari.

    Anak Syarikat Kerajaan Negeri didefinisikan sebagai syarikat yang dikawal oleh Kerajaan Negeri melalui pegangan saham sebanyak 50% atau lebih, di mana Kerajaan Negeri mempunyai kuasa majoriti untuk mengundi.

    Badan Berkanun ertinya mana-mana pertubuhan perbadanan, tidak kira dengan nama apa ia dikenali, yang diperbadankan menurut peruntukan-peruntukan undang-undang persekutuan dan yang menjadi pihak berkuasa awam atau agensi Kerajaan Malaysia tetapi tidak termasuk pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta Badan Berkanun 1980).

    Berikut merupakan senarai Anak Syarikat/Agensi dan Badan Berkanun Kerajaan Negeri Selangor :-

    Bil Anak Syarikat / Badan Berkanun Kerajaan Negeri Selangor
    1 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
    2 Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)
    3 Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)
    4 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS)
    5 Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)
    6 Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
    7 Yayasan Selangor
    8 Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)
    9 Permodalan Negeri Selangor Berhad
    10 Bukit Beruntung Golf & Country Resort
    11 Tourism Selangor Sdn Bhd
    12 Communication Corporation Sdn Bhd
    13 Rantaian Mesra Sdn Bhd
    14 Pendidikan Industri YS Sdn Bhd
    15 MSNS Holdings Sdn Bhd
    16 Kumpulan Darul Ehsan Berhad
    17 Kumpulan Semesta Sdn Bhd
    18 Invest Selangor Berhad
    19 Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
    20 Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor

    Garis panduan bagi semua agensi dan syarikat berkaitan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) adalah seperti di Lampiran berikut :-

    Bil Anak Syarikat / Badan Berkanun Kerajaan Negeri Selangor Ada/Tiada/

    Lain-lain

    Rujukan Lampiran
    1 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Ada Lampiran A

     

    2 Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Ada Lampiran B
    3 Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) Tertakluk kepada kelulusan MMKN
    4 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS) Tiada
    5 Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) Tiada
    6 Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Tiada
    7 Yayasan Selangor Ada Lampiran C
    8 Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)(MBI) Pihak MBI akan mengemukakan maklum balas secara terus kepada pihak Dewan
    9 Permodalan Negeri Selangor Berhad Ada Lampiran D
    10 Bukit Beruntung Golf & Country Resort Tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pengarah
    11 Tourism Selangor Sdn Bhd Ada Lampiran E
    12 Communication Corporation Sdn Bhd Tiada
    13 Rantaian Mesra Sdn Bhd Tiada
    14 Pendidikan Industri YS Sdn Bhd Tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UNISEL
    15 MSNS Holdings Sdn Bhd Tiada
    16 Kumpulan Darul Ehsan Berhad Ada Berdasarkan Standard Operating Procedure syarikat
    17 Kumpulan Semesta Sdn Bhd Ada Lampiran F

     

    18 Invest Selangor Berhad Tiada
    19 Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) Tiada
    20 Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor Tiada

     

    Manakala, perincian perbelanjaan dan senarai benefisiari bagi pembayaran CSR bagi semua agensi dan syarikat berkaitan Kerajaan Negeri adalah seperti di Lampiran G.

Lampiran

Tiada Lampiran.