Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

26) PERLANTIKAN AHLI-AHLI MAJLIS 2014

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah garis-garis panduan yang digunapakai dalam pemilihan dan pelantikan Ahli-Ahli Majlis yang berwibawa dan efektif?

    Kriteria asas pelantikan Ahli Majlis adalah berdasarkan Seksyen 10(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) iaitu:-

    • Hendaklah terdiri daripada orang yang bilangan terbesar daripada mereka hendaklah orang yang biasanya bermastautin dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan;
    • Mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal kerajaan tempatan;
    • Kejayaan terpuji dalam sesuatu profesion, perdagangan atau perindustrian; dan
    • Mempunyai kebolehan untuk mewakili kepentingan komuniti mereka dalam kawasan pihak berkuasa tempatan itu.

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga menetapkan agar semua Ahli Majlis Negeri Selangor bebas rekod jenayah, integriti dan kebankrapan.

Lampiran

Tiada Lampiran.