Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

104) PERLANTIKAN AHLI JAWATAN KUASA MASJID

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah ada perubahan dalam syarat perlantikan ahli jawatan masjid di Negeri Selangor pada tahun 2015?

    Kaedah lama masih dikekalkan dalam pemilihan dan pelantikan ahli jawatankuasa masjid di Negeri Selangor, namun terdapat beberapa pindaan dalam Kaedah- Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah Negeri Selangor (Pindaan) 2001 yang akan membenarkan MAIS bagi melantik Imam sebagai Pengurus dan Penolong Pengurus di beberapa buah masjid tertentu seperti di masjid- masjid yang baru dibina dan di beberapa buah masjid yang menghadapi masalah pengurusan.

Lampiran

Tiada Lampiran.