Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

50) PERLANTIKAN AJK MASJID

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Terdapat aduan pemilihan, pengundian dan lantikan AJK masjid yang meragukan dan mendapat bantahan masyarakat. Mengapakah perkara ini terjadi sehingga boleh mencemarkan institusi masjid?

    Ketidakpatuhan ahli kariah terhadap tatacara pencalonan Pegawai dan Jawatankuasa Masjid

    Salah tafsir ahli kariah terhadap Mesyuarat Agung Khas Pencalonan yang menganggap sebagai mesyuarat pemilihan dan pelantikan. Sedangkuasa pelantikan pegawai dan jawatankuasa Masjid adalah kuasa mutlak MAIS seperti mana yang dinyatakan di dalam peruntukkan Kaedah 6, Kaedah –kaedah pegawai dan jawatankuasa kariah (Negeri Selangor) pindaan 2011.

Lampiran

Tiada Lampiran.