Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

20) PERLANTIKAN DATUK BANDAR/YANG DIPERTUA PBT

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat kekosongan jawatan Yang Dipertua di PBT-PBT seperti di Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Kajang. Kenapa jawatan-jawatan penting tersebut lambat diisi untuk menjamin pentadbiran PBT agar berjalan lancar?

    1. Pentadbiran ini mengambil maklum berhubung kekosongan jawatan Yang Dipertua  Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mulai 9 November 2010 lalu susulan daripada penyandang sedia ada iaitu YBhg Dato’ Zainal Abidin bin Azim  telah  bersara  wajib dalam perkhidmatan berkuatkuasa pada 8 November

     

    Dalam tempoh kekosongan jawatan berkenaan, Pentadbiran Kerajaan Negeri telah melaksanakan pemilihan calon yang berkelayakan dan kompeten untuk meneruskan kelangsungan tugas Yang Dipertua di MPS. Panel Jawatankuasa Khas Pemilihan Ketua Jabatan telah melaksanakan urusan temubual bersama calon-calon  pegawai  kanan  yang disenaraipendek dan seterusnya mengesyorkan pemilihan calon  kepada  YAB  Dato’ Menteri Besar bagi tujuan pertimbangan dan persetujuan. Urusan pelantikan ini telah selesai memandangkan YBhg Dato’ Zainal Abidin bin A’ala, Pegawai Tadbir dan Diplomatik JUSA C telah dilantik selaku Yang Dipertua MPS yang baru berkuatkuasa mulai 1 Mac 2011 lalu.

     

    Pentadbiran Kerajaan Negeri sentiasa komited dan berusaha memastikan urus tadbir di semua 12 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor dilaksanakan dengan teratur dan efisien termasuk urusan pemilihan pucuk kepimpinan. Oleh yang demikian, urusan pemilihan Datuk Bandar / Yang Dipertua ini sentiasa diperkemaskan agar calon yang dilantik mampu memimpin dengan baik dan yang paling penting mampu merealisasikan semua dasar serta polisi yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.