Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

231) PERLANTIKAN KETUA KAMPUNG – ADA KETUA KAMPUNG BARU DI BESTARI JAYA DILANTIK TETAPI TIDAK FASIH BERTUTUR DALAM BAHASA KEBANGSAAN DAN TIDAK TAHU TENTANG PENGURUSAN ASAS

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah proses pemilihan dan pelantikan Ketua2 Kampung ?

    a), b) dan c)

     

    Kesemua soalan dijawab bersekali.

     

    Pelantikan ketua kampung atau Pengerusi JKKK Kg Baru / Bagan / Tersusun Negeri Selangor dilakukan dengan penuh berhati-hati dalam memastikan perkhidmatan kepada rakyat dan Kerajaan Negeri dapat dilaksanakan dengan baik dan memenuhi kehendak stakeholder. Pengerusi JKKK ini merupakan benteng pertama serta menjadi telinga dan wakil yang paling dekat dengan rakyat haruslah mematuhi dan memenuhi keperluan yang telah ditetapkan.

     

    Kerajaan Negeri telah menerima senarai nama calon Pengerusi JKKK Kg Baru / Bagan / Tersusun yang hendak dicalonkan daripada setiap parti komponen dalam Kerajaan Negeri. Nama-nama yang dicalonkan ini telah ditapis dan melalui saringan di peringkat parti bagi memastikan calon adalah yang terbaik dan paling sesuai untuk dilantik sebagai Pengerusi JKKK Kg Baru / Bagan / Tersusun yang berkenaan.

     

    Salah satu keperluan utama calon Pengerusi JKKK Kg Baru / Bagan / Tersusun ini adalah berkebolehan dalam bertutur di dalam bahasa tempatan bagi tujuan membolehkan mereka mendekati dan memahami masalah penduduk kampung tersebut. Bagi urusan rasmi kerajaan pula, seorang

     

    setiausaha dilantik untuk membantu Pengerusi JKKK di dalam urusan berkenaan pentadbiran.

     

    Bagi memastikan perkhidmatan Pengerusi JKKK ini adalah memenuhi kehendak stakeholder dan rakyat itu sendiri, setiap Pengerusi JKKK yang dilantik akan melalui tempoh percubaan selama enam (6) bulan dan hendaklah melepasi ujian tapisan keselamatan daripada pihak PDRM dan juga status muflis daripada Jabatan Insolvensi Malaysia.

     

    Pada masa yang sama, prestasi Pengerusi JKKK ini sentiasa dipantau oleh Pejabat Daerah / Tanah, PPP yang dilantik dan EXCO Pengerusi Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu berdasarkan aduan dan maklum balas penduduk serta orang ramai.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.