Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

182) PERLANTIKAN PEGUAM MEWAKILI KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Baru-baru ini Kerajaan Negeri telah melantik peguam untuk melawan dalam kes saman melibatkan ADUN Pelabuhan Klang, ADUN Seri Muda, dan Perlantikan YB Setiausaha Kerajaan Negeri. Berapakah jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam melantik peguam bagi mewakili kes tersebut.

    Kos yang terlibat dalam melantik peguam bagi mewakili kes ADUN Pelabuhan Klang, ADUN Seri Muda dan Pelantikan YB. Setiausaha Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM165,000.00 (setakat 4.7.2011).

Lampiran

Tiada Lampiran.