Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

38) PERLESENAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Negeri Selangor juga tidak kurang hebatnya dalam Industri pelancongan dalam negeri seperti negeri-negeri yang lain. Bolehkah dipertimbangkan diberikan lesen kedai-kedai bebas cukai di Ampang, yang mana telah sedia ada Tokong Kau Ong Yah dengan ratusan ribu penganut Tokong tersebut datang setiap tahun, Ampang Yong Tau Foo dengan pengunjung mingguan ianya mampu menarik pelancong ke Pekan Ampang membeli belah di sini.

    Pemberian lesen kedai-kedai bebas cukai adalah selaras dengan peruntukan undangundang sedia ada, pematuhan prosedur permohonan lesen perniagaan dan pematuhan syarat-syarat kelulusan lesen. Undang-undang yang digunapakai:

    1. Akta Kerajaan Tempatan 1976
    2. Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian MPAJ 2007.
    3. Undang-undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan MPAJ 2007.

Lampiran

Tiada Lampiran.