Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

83) PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah peruntukan undang-undang yang akan diketatkan berkaitan dengan pembangunan di lereng bukit?

    Kesemua cadangan pemajuan projek pembangunan seperti kerja bangunan, kejuruteraan, perlombongan, perindustrian atau apa-apa kerja lain yang seumpamanya pada, di atas, di sebelah atau di bawah tanah, membuat apa-apa perubahan material mengenai penggunaan mana-mana tanah atau bangunan atau mana-mana bahagian daripadanya, atau memecah sempadan atau mencantumkan tanah termasuklah pembangunan di lereng bukit adalah tertakluk di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976.  Akta ini telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia pada 18 Mac 1976 di mana pemakaian di Negeri Selangor bermula pada tahun 1978. Akta ini bertujuan untuk mengadakan keseragaman undang-undang serta kawalan dan peraturan yang lengkap bagi perancangan bandar dan desa.

    Setiap cadangan projek pembangunan akan melalui proses kelulusan pembangunan seperti tukar syarat tanag, kebenaran merancang, pelann bangunan, pecah sempadan dan seterusnya diberikan sijil penyiapan dan pematuhan (CCC).

    Akta ini telah dipinda sebanyak 4 kali semenjak tahun 1993 – 2007. Selaras dengan keperluan semasa di mana terdapat banyak kejadian-kejadian tanah runtuh ataupun banjir lumpur akibat aktiviti pembangunan di lereng bukit terdapat banyak garispanduan berkaitan telah disediakan untuk dilaksanakan. Di antara garispanduan yang ada adalah seperti berikut :-

    1. Guideline for the Demarcation of Safety Zone Surrounding Limestone Hills oleh Jabatan Mineral dan Geosains pada tahun 1982;
    2. Guideline for Agriculture Activity on Steep Hill Slopes oleh Jabatan Pertanian pada tahun 1993;
    3. Guideline for Hillside Development oleh Jabatan Kerajaan Tempatan pada tahun 1997;
    4. Guideline for Hillside Development Planning oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Selangor pada tahun 1997;
    5. Guideline for Highland Development (Land Conservation Act. 1960) oleh Penang Land and Mining Office pada tahun 1997;
    6. Positioning Paper for Hill-Site Development oleh Institute of Engineers Malaysia, IEM pada tahun 2002;
    7. Guideline for Development on Highlands Area and Hillsides for Selangor oleh MPAJ pada tahun 2003;
    8. Guidelines for Highland Development oleh Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada tahun 2003;
    9. Guidelines for Highland Development oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada tahun 2005;
    10. Garispanduan Pembangunan Di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatanpada tahun 2009; dan
    11. Garispanduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi Negeri Selangor pada tahun 2010.

Lampiran

Tiada Lampiran.