Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

134) PERLUKAN DEWAN KONVENSYEN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Semasa YAB Menteri Besar Selangor melancarkan `Bangi Bandar Ilmu` pada 22 Jun 2008 Dato` Menteri Besar bersetuju akan perlunya wujud Dewan Konvensyen serba guna di Bandar Baru Bangi. Sejauh manakah Dewan Konvensyen ini diberi perhatian dan diambil tindakan?

    PKNS telah pun berbincang dengan Majlis Perbandaran Kajang untuk mengenal pasti
    konsep dan lokasi yang sesuai di sekitar Tasik Cempaka. Kajian kemungkinan dan
    pasaran juga sedang dilaksanakan bagi tujuan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.