Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

101) PERMASALAHAN DAN KEBERKESANAN PENGURUSAN JOIN MANAGEMENT BODY (JMB)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan Negeri Selangor, dan sejauh manakah keberkesanannya dalam menangani permasalahan ini?

    Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani isu kelemahan pengurusan Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) adalah seperti berikut:

     

    • Menjadi mediator melalui Jawatankuasa Pemudah Isu-Isu Hartanah Bertingkat (PRIHATIN) bersama penglibatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Majlis dan Unit Pesuruhjaya Bangunan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menyelesaikan isu-isu kelemahan pengurusan JMB; dan

     

    • Mengeluarkan arahan kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB) supaya melantik ejen pengurusan untuk pelaksanaan tindakan berikut:

     

    • Melaksanakan fungsi JMB yang gagal dilaksanakan seperti mengadakan mesyuarat agung, mengaudit akaun dan lain-lain yang diperuntukkan Akta-Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 [Akta 663]; atau

     

    • Mengambil alih pengurusan dan penyenggaraan pangsapuri sekiranya JMB tidak bekerjasama dengan COB untuk membuat tindakan pembetulan memperbaiki kelemahan pengurusan mereka dengan ejen yang dilantik Pesuruhjaya

     

    Oleh itu, kelemahan pengurusan JMB dapat ditangani secara berkesan dengan melaksanakan tindakan pembetulan atau pengambilalihan pengurusan dan penyenggaraan pangsapuri oleh ahli jawatankuasa pengurusan bersama (JMC) yang baru atau ejen pengurusan yang dilantik oleh Pesuruhjaya Bangunan.

Lampiran

Tiada Lampiran.