Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

67) PERMASALAHAN DENGGI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha terkini Kerajaan Negeri dalam usaha menangani permasalahan denggi yang semakin meningkat Di Negeri Selangor?

    Usaha-usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dalam menangani permasalahan denggi adalah seperti berikut:

    1. Kempen Selangor Gempur Aedes Siri 1-4 bagi tahun 2019 bagi mengurangkan kes/ wabak denggi;
    2. Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Denggi di lokaliti hotspot/wabak;

     

    • Gotong royong pemusnahan tempat pembiakan denggi di lokaliti wabak/ hotspot;

     

    1. Menjalankan Program Selangor Bebas Aedes di tempat Kerja dan Kuarters;

     

    1. Mengukuhkan Program Bebas Denggi di Sekolah;

     

    1. Kerjasama di antara agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta komuniti dalam program gotong-royong; dan

     

    • Mengukuhkan peranan COMBI dalam lokaliti wabak denggi.

Lampiran

Tiada Lampiran.