Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

151) PERMASALAHAN ÒMASTER TITLEÓ PUTRA PERDANA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terbaru permohonan Geran Strata untuk bangunan bertingkat di Putra Perdana?

    Projek Pembangunan di kawasan Taman Putra Perdana terletak di atas 7 Hakmilik Induk (Master Title), dan Tuan Tanah bagi tanah-tanah tersebut adalah Continental Hights Development Sdn. Bhd. (memiliki 3 lot tanah) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) (memiliki 4 lot tanah). Sehingga kini, Tuan Tanah/ Pemaju bagi projek pembangunan tersebut masih belum menyelesaikan proses penyerahan balik Hakmilik Induk kepada Kerajaan Negeri untuk tujuan pengeluaran Hakmilik Strata kepada pemilik bangunan bertingkat.

Lampiran

Tiada Lampiran.