Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

122) PERMASALAHAN SETINGGAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: perumahan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini melancarkan kempen Setinggan Sitar bagi mengatasi masalah setinggan. Namun, permasalahan setinggan di Selangor masih belum dapat diatasi sepenuhnya. Bagaimanakah keberkesanan kempen Setinggan Sitar? Apakah ukuran yang digunakan bagi menunjukkan yang demikian?

    Sehingga 12 Mei 2008 seramai 46,285 (97.5%) keluarga setinggan daripada
    47,482 keluarga setinggan yang telah dibanci oleh setiap Pihak Berkuasa
    Tempatan (PBT) di Negeri Selangor telah berjaya dipindahkan sama ada ke
    projek RKR atau ke penempatan sementara seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Council Homes. Ini membuktikan keberkesanan Dasar Setinggan Sitar yang telah dilancarkan pada tahun 2001 di mana proses bancian yang dimulakan sejak tahun 1998 – 2002, sebanyak 46,285 bangunan setinggan daripada 47,482 bangunan setinggan telah pun dirobohkan dan keluarga setinggan telah ditempatkan semula ke kawasan perumahan kos rendah yang lebih tersusun dan mempunyai kemudahan intrastruktur yang lengkap jika dibandingkan dengan penempatan asal mereka.

    Walau bagaimanapun, baki seramai 283 keluarga atau 0.6% masih berada di
    atas tapak kerana urusan pinjaman bank yang belum selesai atau projek RKR yang dipadankan kepada mereka yang dijangka siap pada penghujung tahun 2008. Selebihnya 268 keluarga atau 0.6% telah membawa kes ke mahkamah yang mana akan membantutkan pencapaian setinggan sifar kerana tindakan ke atas mereka hanya boleh dibuat selepas keputusan mahkamah diperoleh dan ini adalah di luar kawalan Kerajaan Negeri terdahulu untuk mengambil sebarang tindakan. Berikut adalah pencapaian program setinggan sitar bagi setiap PBT di Negeri Selangor (Lampiran Jadual 1):-