PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD (PNSB)
38) PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD (PNSB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jenis dan projek pelaburan yang di laksana oleh PNSB dan anak syarikat di bawahnya?
Semenjak dari tahun 2008, PNSB hanya menjalankan aktiviti projek pembangunan yang sedia ada. Selain dari itu pihak PNSB turut terlibat dalam proses pembelian tanah seluas 1,312.89 ekar di Bestari Jaya dan tanah seluas 1,275.92 ekar di Bukit Beruntung daripada Talam Corporation Berhad melalui Menteri Besar Incorporated (MBI) bagi tujuan penyelesaian hutang syarikat – syarikat yang berkaitan Talam Corporation Berhad.
PNSB turut terlibat dalam membantu Kerajaan Negeri dengan kerja membaikpulih projek terbengkalai di Alam Perdana, Mukim Ijok seluas 1,077 ekar pada Oktober 2011, Di mana PNSB telah melibatkan kos perbelanjaan berjumlah RM200 juta wang syarikat kepada MBI.
