Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

92) PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD (PNSB)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah fungsi dan peranan PNSB?

    1. PNSB telah ditubuhkan untuk mengambil alih operasi projek komersial Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Perbadanan) (PSKS) atau SSI. PNSB juga melaksanakan projek-projek pembangunan PNSB sendiri yang melibatkan kepelbagaian aktiviti terutamanya pembangunan hartanah dan lain-lain perkhidmatan seperti insurans dan pengurusan hartanah (pertanian) menerusi anak-anak syarikatnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.