Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

238) PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD (PNSB)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan kedudukan kewangan terkini syarikat PNSB?

    Syarikat PNSB telah mencatatkan perolehan berjumlah RM88,508,000 dan lain- lain pendapatan berjumlah RM15,544,000 sehingga 31 Oktober 2013. Manakala sejumlah RM40,161,000 perbelanjaan telah dicatatkan sepanjang bulan Januari hingga Oktober 2013. Kumpulan PNSB telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM63,891,000 bagi tempoh 1 Januari 2013 hingga 31 Oktober 2013. Manakala keuntungan selepas peruntukan cukai berjumlah RM49,279,000.

Lampiran

Tiada Lampiran.