Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

49) PERMOHONAN BANTUAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah permohonan baru kebajikan yang diterima bagi daerah Klang dan jumlah yang diluluskan bagi tempoh 2010. Apakah sebab-sebab penolakan bagi permohonan baru tersebut

    Permohonan baru diterima 4725

    Permohonan baru yang diluluskan                 1235

    Antara sebab-sebab permohonan ditolak adalah :

    • Bukan warganegara Malaysia
    • Pendapatan seisi rumah melebihi had kelayakan kelulusan bantuan iaitu RM720.00 (berdasarkan pada Paras Garis Kemiskinan)
    • Mempunyai anak yang telah dewasa dan berkemampuan dalam memberi sumbangan/menyara kehidupan pemohon
    • Mempunyai harta yang memberi hasil atau sumber kewangan sampingan seperti Pencen, Perkeso, Bantuan Zakat dan lain-lain

     

Lampiran

Tiada Lampiran.