Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

93) PERMOHONAN BARU PROGRAM-PROGRAM IPR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah banyak permohonan baru yang telah diterima sehingga sekarang untuk program Kasih Ibu Smart Selangor, Peduli Sihat dan Anak Istimewa Selangor (ANIS) mengikut DUN?

    Bagi Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), sebanyak 739 borang permohonan baharu telah diterima sehingga bulan Februari 2020. Daripada jumlah berkenaan, sejumlah 467 borang permohonan yang telah diluluskan buat masa ini dan semakan akan dilaksanakan secara berterusan sehingga memenuhi jumlah kuota yang telah ditetapkan.

    Bagi Program Skim Peduli Sihat (SPS), sebanyak 59,727 permohonan baharu yang telah diterima sehingga Februari 2020. Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 580 permohonan telah diluluskan manakala baki permohonan masih dalam semakan dan tindakan pihak pengendali.

    Bagi permohonan program Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (AnIS) yang baharu sahaja dibuka pada 13 Februari 2020, data permohonan baru sehingga 29 Februari 2020 adalah sebanyak 2,160 permohonan. Setiap permohonan yang diterima akan disemak, diproses dan seterusnya dikemukakan kepada YB Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga untuk tindakan dan dipertimbangkan kelulusan. Sehingga kini, tiada permohonan yang berjaya diluluskan memandangkan buat masa ini pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) selaku pengendali program masih di dalam proses menerima borang permohonan dan dokumen sokongan daripada pemohon.

    Jadual di Lampiran A menunjukkan jumlah bilangan permohonan baharu yang diterima dan jumlah bilangan permohonan yang telah diluluskan bagi setiap program yang berkenaan adalah seperti berikut:-

Lampiran

Tiada Lampiran.