Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

243) PERMOHONAN GERAN UNTUK TANAH KERAJAAN BERSEBELAHAN PENJARA SUNGAI BULOH, KAMPUNG BATU 20, JALAN KUALA SELANGOR, MUKIM RAWANG 2, DAERAH GOMBAK

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini permohonan En. Kathiraran A/L Ramachandran (690626-10- 5885) berserta enam (6) pemohon yang telah 50 tahun menduduki kawasan tersebut?

    Permohonan En Kathiraran a/l Ramachandran berserta enam (6) pemohon yang lain telah ditolak oleh Pejabat Daerah dan Tanah Gombak kerana tapak yang dimohon termasuk di dalam zon penampan Penjara Sungai Buloh iaitu dari jarak 300 kaki di sepanjang sempadan penjara.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.