Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

252) PERMOHONAN KERAJAAN NEGERI UNTUK RMK12

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bilangan dan jumlah projek yang dipohon oleh Kerajaan Negeri dibawah RMK12.

    (a) dan (b) dijawab bersekali ;

    Untuk makluman, sehingga Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) akan dilaksanakan bermula 2021 sehingga 2025. Ahli-ahli YB, Kerajaan Negeri telah menerima dan memperakukan sebanyak 264 cadangan projek daripada jabatan/agensi dengan kos keseluruhan sebanyak RM103,343,968,518.46 untuk dilaksanakan di bawah RMKe-12.

     

    Bagi projek yang bernilai lebih daripada RM100 juta pula, sebanyak 45 projek telah tersenarai.

Lampiran

Tiada Lampiran.