Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

105) PERMOHONAN LAMPU ISYARAT DI SIMPANG 3 FASA 3 PUNCAK ALAM

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilangan kenderaan semakin bertambah dengan pertambahan pengguna laluan utama jalan raya ini terutama dari penuntut-penuntut UiTM Puncak Alam, kakitangan UiTM dan penduduk dari kampung berdekatan, yang mengguna laluan ini untuk ke UiTM Puncak Alam, Meru Klang, Shah Alam dan Sg Buloh Kepong. Pejabat Saya telah berhubung dengan bahagian perancangan pembangunan bandar Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) tentang aduan penduduk berkaitan lampu isyarat dan laluan kedua ke jalan utama di Fasa 3. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk membina lampu isyarat di Persimpangan di Persiaran Puncak Alam 6, dari arah Taman Perumahan Shah Alam 2 dan Persiaran Puncak Alam 1 dari arah Taman Perumahan Fasa 2, Bandar Puncak Alam?

    Pihak Majlis Daerah Kuala Selangor telah merancang dan mensyaratkan kepada pemaju untuk mengadakan lampu isyarat di kawasan tersebut dimana ianya telah disyaratkan kepada pemaju Tetuan Worldwide Holdings yang akan memajukan kawasan berhampiran persimpangan tersebut melalui pelan kelulusan infrastruktur.

Lampiran

Tiada Lampiran.