Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

91) PERMOHONAN MEWARTAKAN TANAH TAMBAHAN BAGI BANGUNAN SEKOLAH RENDAH AGAMA MERBAU SEMPAK

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah surat yang dihantar oleh Pejabat YAB Dato' Menteri Besar ke PTG Selangor bertarikh 16 Jun 2017 melalui rujukan MB.Sel.12/4/Jld.42(16) bagi tujuan di atas?

    Surat yang dihantar kepada PTGS adalah mengenai Permohonan untuk mewartakan tanah tambahan bagi kegunaan dan pembinaan bangunan tambahan Sekolah Agama Merbau Sempak. Surat tersebut meminta PTGS mengemukakan tindakan dan maklumbalas berhubung cadangan yang telah dikemukakan.

    Sehubungan dengan itu, pada 10 Jun 2017, PTGS telah mengadakan lawatan tapak bersama Pejabat DUN Paya Jaras, MAIS, JAIS, Ketua Kampung Merbau Sempak, PIBG Sekolah dan Guru Besar Sekolah. Tujuan lawatan tapak adalah untuk mengenalpasti kesesuaian tapak yang dimohon oleh Pejabat DUN (bagi tujuan pembinaan bangunan tambahan Sekolah Agama).

    Pejabat DUN mengemukakan permohonan Tanah Kerajaan seluas 0.7004 ekar untuk kegunaan sekolah, tambahan kepada luas sedia ada 0.749 ekar dengan jumlah keseluruhan 1.444 ekar. Pihak sekolah juga mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar luas keseluruhan 1.444 ekar diwartakan sebagai kawasan Rizab Sekolah Rendah Agama.

Lampiran

Tiada Lampiran.