Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

71) PERMOHONAN PEMBATALAN PERWARTAAN SEBAHAGIAN TANAH RIZAB DAN PENGGANTIAN KAWASAN LAPANG

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status pembatalan Warta Kerajaan Negeri Selangor (No. 2173) 2 Julai 2009 yang melibatkan kawasan lapang di Lot 38163, Daerah Petaling di Jalan PJS 7/13 dan penggantian di sebahagian tanah kerajaan di PJS 9 bersebelahan Lot 64681 (PN17395) Mukim Damansara?

    Status pembatalan Warta Kerajaan Negeri Selangor (No. 2173) 2 Julai 2009 yang melibatkan kawasan lapang di Lot 38163, Daerah Petaling di Jalan PJS 7/13 telah selesai. Pembatalan Warta bagi lot tersebut telah diisytiharkan melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 3202 bertarikh 29.08.2019. Pembatalan kawasan lapang ke atas Lot 38163 ini melibatkan keluasan seluas 8442 meter persegi. (sesalinan Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 3202 bertarikh 29.08.2019 dilampirkan sebagai rujukan).

    Berdasarkan maklum balas daripada Pejabat Tanah Daerah Petaling, penggantian di sebahagian tanah kerajaan di PJS 9 bersebelahan Lot 64681 (PN17395) Mukim Damansara, adalah dalam tindakan Kuil Sri Subramaniar untuk mengemukakan pelan pra-perhitungan yang baru kepada Pejabat Tanah Daerah Petaling untuk tindakan selanjutnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.