Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

65) PERMOHONAN PEMBATALAN PERWARTAAN SEBAHAGIAN TANAH RIZAB DAN PENGGANTIAN KAWASAN LAPANG

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini permohonan pembatalan perwartaan sebahagian tanah rizab kawasan lapang seluas 0.46 ekar yang telah diambil bagi tujuan kegunaan awam sebagai tapak tambahan rumah ibadat bukan islam sediada (Kuil Subramaniar) di Jalan PJS 7/13 dan penggantian kawasan lapang di sebahagian tanah kerajaan di PJS 9 bersebelahan Lot 64681 (PN 17395) Mukim Damansara, Daerah Petaling?

    PDT Petaling telah menerima permohonan daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi pembatalan Warta Kerajaan Negeri Selangor (No. 2173) bertarikh 2 Julai 2009 di bawah Seksyen 64 Kanun Tanah Negara (KTN). Pembatalan ini melibatkan Lot 38163 di Jalan PJS 7/13, Bandar Sunway, Daerah Petaling seluas 8442 meter persegi bagi tujuan kawasan lapang. PDT Petaling telah mengemukakan kertas untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri pada 1 November 2018 dan perkara tersebut sedang diproses.

    MPSJ telah memutuskan untuk menggantikan tapak kawasan lapang tersebut di sebahagian Tanah Kerajaan di PJS 9 bersebelahan Lot 64681, Mukim Damansara, Daerah Petaling. Penyediaan pelan tapak bagi cadangan penggantian ini sedang diproses.

Lampiran

Tiada Lampiran.