Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

68) PERMOHONAN PEMBATALAN PERWARTAAN SEBAHAGIAN TANAH RIZAB DAN PENGGANTIAN KAWASAN LAPANG

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini permohonan pembatalan pewartaan sebahagian tanah rizab kawasan lapang seluas 0.46 ekar yang telah diambil bagi tujuan kegunaan awam sebagai tapak tambahan rumah ibadat bukan Islam di Jalan PJS 7/13 dan penggantian kawasan lapang di sebahagian tanah kerajaan di PJS 9 bersebelahan Lot 64681 (PN17395) Mukim Damansara Daerah Petaling?

    Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Petaling telah menerima  permohonan  daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi pembatalan Warta Kerajaan Negeri Selangor (No. 2173) bertarikh 2 Julai 2009 di bawah Seksyen 64 Kanun Tanah Negara (KTN). Pembatalan ini melibatkan Lot 38163 di Jalan PJS 7/13, Bandar Sunway, Daerah Petaling seluas 8,442 meter persegi bagi tujuan kawasan lapang. Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Petaling telah mengemukakan kertas untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri pada 1 November 2018 dan perkara tersebut sedang diproses.

    MPSJ telah memutuskan untuk menggantikan tapak kawasan lapang tersebut di sebahagian tanah kerajaan di PJS 9 bersebelahan Lot 64681, Mukim Damansara, Daerah Petaling. Proses penggantian tersebut akan diproses setelah proses pembatalan warta tersebut selesai.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.