Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

75) PERMOHONAN PEMBATALAN PERWARTAAN SEBAHAGIAN TANAH RIZAB DAN PENGGANTIAN KAWASAN LAPANG

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status pembatalan Warta Kerajaan Negeri Selangor (No. 2173) bertarikh 2 Julai 2009 yang melibatkan kawasan lapang di Lot 38163, Daerah Petaling di Jalan PJS 7/13 dan penggantian yang sama di sebahagian tanah kerajaan di PJS 9 bersebelahan Lot 64681 (PN 17395) Mukim Damansara, Daerah Petaling?

    Pembatalan

    PDT Petaling telah menerima permohonan daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi pembatalan Warta Kerajaan Negeri Selangor (No. 2173) bertarikh 2 Julai 2009 di bawah Seksyen 64 Kanun Tanah Negara (KTN). Pembatalan ini melibatkan Lot 38163 di Jalan PJS 7/13, Bandar Sunway, Daerah Petaling seluas 8442 meter persegi bagi tujuan kawasan lapang. Pembatalan warta tersebut telah disiarkan di dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor (No.3202) bertarikh 29 Ogos 2019.

    Penggantian

    MPSJ memutuskan untuk menggantikan tapak kawasan lapang tersebut di sebahagian tanah Kerajaan di PJS 9 bersebelahan Lot 64681, Mukim Damansara, Daerah Petaling. Penyediaan pelan susun atur bagi tapak cadangan penggantian ini sedang diproses oleh MPSJ. PDT Petaling akan merizabkan tapak tersebut di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara setelah menerima permohonan daripada MPSJ.

Lampiran

Tiada Lampiran.