Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

63) PERMOHONAN PEMBATALAN PERWARTAAN SEBAHAGIAN TANAH RIZAB DAN PENGGANTIAN KAWASAN LAPANG

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status penggantian kawasan lapang di Lot 38163, Daerah Petaling di Jalan PJS 7/13 dengan sebahagian tanah kerajaan di PJS 9 bersebelahan Lot 64681 (PN 17395) Mukim Damansara, Daerah Petaling?

    Urusan pembatalan Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 2173 bertarikh 2 Julai 2009 di bawah Seksyen 64 Kanun Tanah Negara (KTN) bagi kawasan lapang Lot 38163, di Jalan PJS 7/13 telah selesai dilakukan. Pembatalan warta ini disiarkan di dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 3202 bertarikh 29 Ogos 2019. Urusan perizaban di bawah Seksyen 62 KTN bagi penggantian tapak ini akan dilaksanakan oleh PDT Petaling setelah pihak Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengemukakan pelan pra-hitungan tapak ganti kawasan lapang tersebut di sebahagian tanah Kerajaan di PJS 9 bersebelahan Lot 64681, Mukim Damansara, Daerah Petaling.

Lampiran

Tiada Lampiran.