Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

162) PERMOHONAN PEMBERIMILIKAN TANAH KERAJAAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah benar bahawa Kerajaan Negeri telah mengarahkan semua pejabat tanah di Negeri Selangor supaya tidak menerima atau terus menolak permohonan baru bagi tanah-tanah baru dan apakah sebabnya?

    Berkuatkuasa mulai 1 Jun 2011, semua Pentadbir Tanah Daerah di Negeri Selangor tidak perlu menerima sebarang permohonan baru bagi tanah-tanah baru (Virgin Land) bagi tujuan bangunan kediaman. Ini adalah selaras dengan Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 6 Tahun 2011 mengenai Garis Panduan Skim Pemilikan Tanah Kerajaan Untuk Tujuan Bangunan Kediaman Persendirian di Negeri Selangor.

    Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri telah menetapkan dasar bahawa sekiranya terdapat individu atau syarikat yang berminat untuk memohon tanahtanah baru (Virgin Land) bagi tujuan perniagaan dan perindustrian sahaja, ianya boleh dilaksanakan melalui Dasar Baru Kaedah Jualan seperti yang tertakluk dalam Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 6 Tahun 2010 mengenai Garis Panduan Pelupusan Tanah Kerajaan Melalui Kaedah Jualan di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.