Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

188) PERMOHONAN PERUNTUKAN OLEH TOURISM SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan permohonan peruntukan yang dikemukakan oleh Tourism Selangor kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 2016.

    Tourism Selangor telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pelancongan (Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Selangor) melalui permohonan bertulis, bertarikh  15 Mac    Sejajar  dengan lawatan yang telah dilakukan oleh YB Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia ke Negeri Selangor pada  tahun 2015 di Hulu Selangor  dan Klang, serta pada tahun 2016 lepas di sekitar Daerah Sabak Bernam.

    Bersama    Tourism Selangor   beberapa  PBT  dan agensi turut                    mengemukakan permohonan peruntukan seperti yang berikut :

     

    BIL.

     

    AGENSI

     

    PROJEK PERMOHONAN

     

    ANGGARAN PERMOHONAN PERUNTUKAN (RM)

     

    1.

     

    Tourism Selangor

     

    i.     Menaiktaraf Chongkak Park & Resort

    ii.  Membaiki dan menaiktaraf Rumah Rehat Sri Berkat

     

    7.668 juta

     

    2.

     

    Majlis Perbandaran Klang

     

    i.   Menaiktaraf kemudahan Royal Klang Heritage Walk

    ii.  Pembangunan Kemudahan Pelancongan di Pulau Ketam

     

    2.2 juta

     

    3.

     

    Majlis Daerah Hulu Selangor

     

    i.       Menaiktaraf The Gap

    ii.     Menaiktaraf Kemudahan Pelancongan Hutan Pendidikan Kuala Kubu Bharu

    iii.  Menaiktaraf Bandar Kuala Kubu Bharu, Warisan Bandar Taman

    vi. Menaik Taraf Balai Bomba Lama Kuala Kubu Bharu

    v.   Menaiktaraf Labour Lines ,

    Bukit Fraser

    vi.  Pembinaan Kemudahan Pelancongan di lokasi Bersejarah Darurat Pembangunan Sir Henry Gurney

     

    17.947 juta

     

    4.

     

    Majlis Daerah Sabak Bernam

     

    i.       Menaiktaraf Pusat Pemerhatian Kelip-Kelip Sg Pakeh

    ii.  Menaiktaraf Pusat Konservasi Burung Enggang

    iii.  Menaiktaraf Pantai Redang

     

    4.5 juta

     

    5.

     

    Galeri Diraja Klang

     

    i. Menaiktaraf Ruang Pameran dan Setor Penyimpanan Galeri Diraja

     

    2.5 juta

         

    JUMLAH (RM):

     

    34.815 juta

Lampiran

Tiada Lampiran.