Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

193) PERMOHONAN RIBI PERSATUAN PENGANUT2 HINDU SRI SITTHI VINAYAGAR BANDAR SAUJANA PUTRA JENJAROM

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan permohonan tapak tanah RIBI untuk membina sebuah kuil Hindu yang dikemukakan oleh Persatuan Penganut-penganut Hindu Sri Sitthi Vinayagar Bandar Saujana Putra Jenjarom sejak bulan Januari 2015?

    Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat sedang dalam tindakan penyediaan kertas ringkasan ke atas permohonan tapak kuil daripada Persatuan Penganut Hindu Sri Sitthi Vinayagar, Bandar Saujana Putera untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

Lampiran

Tiada Lampiran.