Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

191) PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik terkini projek belum siap dan dalam perancangan keseluruhan unit Rumah Selangorku sehingga September 2019 mengikut daerah.

    1. Untuk makluman Yang Berhormat, Dasar Rumah Selangorku hanya mula diperkenalkan pada tahun 2014. Secara keseluruhan sebanyak 239 projek (106,895 unit) Rumah Selangorku yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerjaan Negeri (MMKN) masih belum disiapkan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 61 projek (22,255 unit) Rumah Selangorku kini sedang dibina dan sebanyak 178 projek (84,640 unit) Rumah Selangorku lagi masih dalam perancangan. Perincian statistik mengikut daerah adalah seperti berikut:-

     

    STATUS BIL

    PROJEK

    JENIS RUMAH SELANGORKU JUMLAH
    A B C D E
    A.PEMBINAAN 61 881 3,264 8,309 9,820 0 22,255
    Gombak 5 90 756 889  1,735
    Hulu Langat 9 228 849 560 505  2,142
    Hulu Selangor 4 371  371
    Klang 5 84 85 459 1,060  1,688
    Kuala Langat 7 150 300 1,312 669  2,412
    Kuala Selangor 8 140 120 1,175 380  1,815
    Petaling 9 1140 2,020 1,556  4,716
    Sabak Bernam 1 41 54  95
    Sepang 13 279 680 1,986 4,336  7,281
    B.PERANCANGAN 178 10,194 18243 30,198 23,424 2,796 84,640
    Gombak 29 2,454 3055 6,722 3,184 45 15,245
    Hulu Langat 41 1,748 5572 6,810 3,791 2751 20,672
    Hulu Selangor 6 78 625 632  – 1,335
    Klang 17 1,238 2245 4,356 4,224  – 12,063
    Kuala Langat 10 336 1158 1,415 1,340 4,249
    Kuala Selangor 15 159 1127 1,815 1,313 4,414
    Petaling 35 3,073 2746 4,592 5,382 15,793
    Sabak Bernam 2 124 124
    Sepang 23 1,186 2262 3,863 3,434  – 10,745
    JUMLAH (A+B) 239 11,075 21,507 38,507 33,244 2,796 106,895

Lampiran

Tiada Lampiran.