Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

27) PERMOHONAN SEKOLAH KAFA TAMAN KEMUNING BANTING, KUALA LANGAT

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status permohonan Sekolah KAFA Taman Kemuning Banting, Kuala Langat?

    Sekolah Berada Dalam Kawasan Surau Taman Kemuning, di mana Jawatankuasa Surau (Pengerusi Surau) dilantik sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengurusan Sekolah Secara tidak langsung Jawatankuasa Pengurusan Sekolah bertanggungjawab ke atas sekolah berkenaan. Walaupun bagaimanapun, Jawatankuasa atau penduduk berhak memohon kepada Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat supaya membina bangunan Sekolah Rendah Agama Rakyat. Pembinaan sekolah KAFA adalah mengikut garis panduan berdasarkan akta-akta seperti:

    • AKTA KEBENARAN MERANCANG 172
    • AKTA 133 (BANGUNAN JALAN DAN PERPARITAN)
    • AKTA 1988 PERKHIDMATAN BOMBA
    • AKTA2 KECIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN
    • ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH ISLAM 1988 DAN PINDAAN ENAKMEN 2001 (SUBKAEDAH)

     

Lampiran

Tiada Lampiran.