Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

215) PERMOHONAN TANAH PERTANIAN DI BLOK 81 HULU PERDIK

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Difahamkan terdapat tanah kerajaan yang tidak diterokai oleh penduduk tempatan begitu lama selepas pemerintahan Jepun di Daerah Hulu Langat ini termasuk di Hulu Perdik, Hulu Langat. Apakah status permohonan QT Tanah Pertanian di Blok 81 Hulu Perdik?

    Kerajaan Negeri sedang di dalam proses  menyelesaikan  semua  permohonan  pemberimilikan tanah yang tertunggak sejak mengambil alih tampuk pemerintahan di negeri Selangor. Bagi permohonan tanah pertanian di Blok 81 Hulu Perdik Kerajaan Negeri sedang memproses permohonan pemberimilikan tanah tersebut secara berkelompok.

     

    Satu majlis dialog telah diadakan bersama penduduk-penduduk kawasan tersebut yang dipengerusikan oleh Y.B Tuan Iskandar Bin Abdul Samad, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan bersama Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat pada 9 Januari 2011 berkaitan dengan isu – isu permohonan tanah yang belum diselesaikan.

     

    Hasil daripada dialog tersebut bersetuju satu jawatankuasa bertindak ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Ketua Kampung bagi jawatankuasa tersebut mengemukakan  senarai terkini pengusaha-pengusaha asal atau waris-waris pengusaha asal sekiranya pengusaha-pengusaha asal telah meninggal dunia bagi dikemukakan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat untuk tujuan semakan sebelum Kertas Ringkasan bagi permohonan pemberimilikan tanah pertanian di Blok 81 Hulu Perdik diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.