Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

69) PERMOHONAN TANAH RIBI OLEH RUMAH BERHALA SAU SENG LUM

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah keputusan Kerajaan Negeri berkenaan permohonan sebidang tanah RIBI oleh Rumah Berhala Sau Seng Lum di IJM Bandar Rimbayu, Mukim Tanjong Dua Belas? No. rujukan Fail Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat : PTK LGT F8/1/574/2016 & PTK LGT F8/1/548/2015?

    Permohonan oleh Rumah Berhala Sau Seng Lum di IJM Bandar Rimbayu, Mukim Tanjung Dua Belas telah dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Selain Islam Bil. 5/2016 yang telah diadakan pada 28 Jun 2016. Permohonan tersebut adalah di atas tanah seluas lebih kurang 1.5 ekar.

    Terdapat 3 Persatuan keagamaan yang lain juga turut membuat permohonan bagi tapak tersebut iaitu seperti berikut:-

    • Pertubuhan Ajaran Buddha Wujin, Kuala Langat
    • Persatuan Penganut Buddha Phrommarangsee
    • Persatuan Penganut C3 Klang

    Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Selain Islam Bil. 5/2016 telah memutuskan untuk bersetuju menyokong permohonan pewartaan bagi tapak seluas 1.5 ekar tersebut kepada 4 Persatuan keagamaan yang memohon. Pihak MDKL diminta untuk memanggil pihak persatuan dan menyediakan Pelan Susun Atur bagi keempat-empat persatuan tersebut termasuk susunan bangunan dan kawasan kegunaan bersama seperti tempat letak kereta. Pelan yang telah dimuktamadkan perlulah dikemukakan kepada pihak Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat dan UPEN untuk mendapat kelulusan pewartaan.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.