Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

102) PERMOHONAN TANAH TOL DALAM DAERAH GOMBAK BAGI DUN PAYA JARAS

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengapakah cadangan dan sokongan ADUN bagi 20 permohonan bagi tanah TOL tidak di proses semenjak bulan Oktober 2016?

    Dasar permohonan Lesen Pendudukan Sementara dilaksanakan melalui Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) Bilangan 4/2015. Berdasarkan rekod Pejabat Daerah dan Tanah Gombak (PDTG), hanya terdapat lima (5) permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) yang diterima daripada pemohon-pemohon di bawah kawasan Ahli Dewan Negeri Paya Jaras bagi tahun 2016. Tujuan permohonan adalah untuk tapak semaian dan tanaman kontan.

    Kelima-lima permohonan tersebut dalam tindakan Pentadbiran ini untuk mendapatkan ulasan daripada agensi-agensi teknikal yang berkaitan iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Gombak, Jabatan Kerja Raya Daerah Gombak, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor (JPBD) serta Jabatan Pertanian Daerah Gombak/Petaling. Ulasan-ulasan agensi teknikal ini diperlukan memandangkan tapak LPS yang dipohon melibatkan perkara-perkara berikut:

    i. berada di bawah rentis TNB;

    ii. tujuan permohonan LPS perlu berselari dengan zoning yang telah
    ditetapkan dalam Rancangan Tempatan MPS dan JPBD; dan

    iii. laluan keluar masuk ke lot yang dipohon untuk LPS perlu disemak dan
    disahkan sama ada melintasi tanah hak milik atau tanah Kerajaan yang lain supaya tidak menimbulkan isu kacau ganggu.

Lampiran

Tiada Lampiran.