Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

108) PERMOHONAN TAPAK SEBAGAI HUTAN TANI DI KAWASAN HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT SELATAN SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah keputusan Kerajaan Negeri terhadap permohonan Persatuan Pekebunpekebun Sayur Kawasan Pantai Selangor melalui Pengarah, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor berkenan permohonan dijadikan sebahagian hutan simpan Kuala Langat Selatan sebagai tapak Hutan Tani?

    Pada tahun 2009, Pihak Berkuasa Negeri telah membuat keputusan bahawa ke semua Permit Penggunaan di Negeri Selangor dibekukan termasuk bagi kawasan pertanian di dalam kawasan Projek Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di bawah penyeliaan Jabatan Pertanian Negeri Selangor yang terletak di kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan. Manakala Permit Penggunaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) yang melibatkan aktiviti hutan tani juga telah dibatalkan. Berdasarkan rekod JPNS jumlah keluasan kawasan yang terlibat bagi projek TKPM adalah

    80.0 ha sahaja dan 650.0 ha bagi kawasan Permit Penggunaan. Jumlah peserta yang terlibat bagi projek TKPM adalah seramai 17 individu manakala bagi pemegang Permit Penggunaan adalah seramai 125 permit yang terdiri daripada individu, berkumpulan dan syarikat.

    Buat masa kini, JPNS sedang membuat semakan secara menyeluruh mengenai status penggunaan tanah di kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara khususnya bagi kawasan yang telah diberikan Permit Penggunaan dan sekitar kawasan sekelilingnya yang diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana pihak JPNS merancang untuk menyediakan satu pelan pengurusan hutan paya gambut secara komprehensif bagi tujuan pengurusan hutan-hutan paya gambut di kawasan tersebut pada jangka masa panjang.

    JPNS juga sedang mengenal pasti ke atas semua senarai penama pemegang Permit Penggunaan bagi tujuan pemutihan. Semakan dilapangan juga sedang dilaksanakan bagi memastikan hanya pemegang-pemegang Permit Penggunaan

     

    yang telah diberi kelulusan sebelum ini sahaja yang akan dipertimbangkan untuk pembaharuan (penyambungan) bagi menjalankan aktiviti-aktiviti Perhutanan- tani.
    Pihak JPNS dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri boleh memperbaharui atau meluluskan bagi aktiviti-aktiviti Perhutanan-tani melalui Permit Penggunaan sepertimana yang diperuntukkan di dalam Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985. JPNS akan menyediakan satu Kertas Ringkasan untuk makluman kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi mendapatkan pandangan mengenai penggunaan tanah bagi aktiviti perhutanan tani di dalam Hutan

    Simpanan Kekal di kawasan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.