Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

82) PERMOHONAN TELAH DITANGGUH LAMA

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Keperluan kemudahan jejantas pejalan kaki murid sekolah SMK Seraya melintasi Jalan Mawar, Taman Seraya Ampang. Apakah status permohonan bagi membangunkan jejantas tersebut yang pernah dipohon ke JKR Hulu Langat sebelum ini?

    Pihak jabatan telah mendapatkan kelulusan pihak UPEN untuk melaksanakan kajian awal melalui peruntukan P12 PK01 – Kerja Awalan. Pihak jabatan juga telah memohon bagi butiran baru untuk pelaksanaan projek ini pada tahun 2019 dengan anggaran kos RM 4 Juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.