Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

55) PERNIAGAAN TANPA LESEN DI KAWASAN PBT NEGERI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah proses penguatkuasaan dilaksanakan untuk menangani masalah perniagaan tanpa lesen terutama di tepi-tepi jalan dan kaki lima di seluruh PBT Negeri Selangor?

    Proses penguatkuasaan yang dilaksanakan untuk menangani masalah perniagaan tanpa lesen adalah prosedur perobohan gerai dilakukan dengan pengeluaran Notis Amaran kali pertama dan sekiranya tidak dipatuhi, Notis Amaran kali kedua akan dikeluarkan, sekiranya masih ingkar kedua-dua Notis Amaran, tindakan perobohan boleh dilakukan di bawah Seksyen 46(1)(a) Akta 133 AJPDB 1974 iaitu menyenggara gerai di tempat awam atau UUKP 2007 iaitu menjalankan perniagaan tanpa lesen daripada PBT (penjaja). Tindakan bersepadu juga boleh dilakukan bersama Jabatan Pelesenan dan Jabatan Bangunan. Bagi Penjaja yang didapati menjalankan aktiviti perniagaan di tanah kerajaan tindakan pengeluaran notis merobohkan boleh digunakan di bawah Seksyen 425 Akta Kanun Tanah Negara manakala di atas tanah persendirian tindakan pengeluaran notis boleh digunakan di bawah Seksyen 31 Akta Perancangan Bandar 172 atau Seksyen 72 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Lampiran

Tiada Lampiran.