Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

52) PERODUA JALAN UNIVERSITI, PETALING JAYA

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Butirkan kronologi tindakan penguatkuasaan terhadap perniagaan tanpa lesen ini.

    Tindakan penguatkuasaan ke atas premis tersebut yang telah  dijalankan oleh pihak Majlis dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MBPJ 2007 dan Undang-Undang Kecil Iklan MBPJ 2007 ke atas aktiviti perniagaan tanpa lesen tersebut.

    Tindakan ini meliputi tindakan pengeluaran kompaun dan notis arahan memberhentikan perniagaan tanpa lesen yang menjurus ke tindakan pengaduan ke Mahkamah.

    BIL TAHUN JENIS TINDAKAN
    Kompaun Notis
    1. 2017 12
    2. 2018 8 1
      JUMLAH 20 1

    Pihak Majlis juga sedang menyediakan laporan pengaduan yang lengkap untuk tindakan mahkamah di bawah Seksyen 70 (12), Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 ke Bahagian Perundangan MBPJ.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.