Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

211) PERPARITAN – DI DUN IJOK PADA MUSIM HUJAN TERDAPAT KAWASAN BANJIR DAN BILA MUSIM PANAS AIR BERTAKUNG DI PARIT-PARIT DAN LONGKANG-LONGKANG, HINGGA MEMBAWA WABAK DENGGI

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah garis panduan (SOP) untuk mengendalikan parit-parit dan longkanglongkang di PBT dan kampung-kampung?

    Kerja-kerja mengendalikan parit-parit dan longkang-longkang merangkumi kerja-kerja pembersihan parit seperti mengorek kelodak/enapan di dasar parit serta kiri dan kanan tebing parit, menebas dan memotong rumput di kiri dan kanan bahu parit dan mengangkut keluar sisa korekan ke tempat buangan yang dibenarkan.

     

    Garis panduan (SOP) untuk mengendalikan parit-parit dan longkang-longkang di kawasan kampung-kampung adalah seperti berikut:

     

    • Menerima aduan awam, arahan kerja atau cadangan
    • Siasatan di tapak akan
    • Penyediaan arahan kerja kepada kontraktor
    • Pengawasan di tapak semasa kerja
    • Pengesahan kerja    siap    dilaksanakan   (lawatan    tapak                           bersama kontraktor).

     

    Sisa longkang perlulah dimasukkan dalam plastik dan tidak dibenarkan diletakkan di bahu jalan/atas jalan raya.

Lampiran

Tiada Lampiran.