Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

120) PERPARITAN

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Banyak parit2 dan longkang2 di Ijok masih dipenuhi oleh rumput2 dan tumbuhan2 menyebabkan banjir dan pembiakan nyamuk. Apakah SOP JPS Negeri untuk mengatasi masalah ini?

    Garis panduan (SOP) untuk mengendalikan parit-parit dan longkang-longkang di kawasan kampung-kampung adalah seperti berikut:

    • Kerja-kerja pembersihan parit termasuk mengorek kelodak/enapan di dasar parit serta kiri dan kanan tebing
    • Menebas dan memotong rumput di kiri dan kanan bahu
    • Mengangkut keluar sisa korekan ke tempat buangan yang
    • Sentiasa memastikan parit dapat berfungsi dan mengalirkan air dengan lancar.

    Untuk makluman, kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan sistem saliran di dalam kawasan Ijok akan dilaksanakan sebanyak 3 pusingan setahun oleh Jawatankuasa Ketua Kampung (JKK) yang dibuat secara bergotong royong. Pada tahun 2016, JPS Kuala Selangor mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM500,000 untuk kerja-kerja penyelenggaraan khas bagi DUN Ijok. Sehingga 18 Julai 2016, 4 sebutharga telah dipanggil. Daripada keseluruhan 4 sebutharga, Satu (1) sebutharga berjumlah RM 106,005.00 sedang berjalan manakala 3 lagi sebutharga dengan anggaran kos sebanyak RM 300,000.00 akan ditutup pada 25 Julai 2016.

    Maklumat Tambahan:

    BI

    L

    NAMA PARIT KAMPUNG PANJANG

    (m)

    LEBAR(m)
    1 Pt. Jalan Sempadan Kampung Ijok 1950 7.5
    2 Pt. Jalan Hj. Mokhtar 1600 7.5
    3 Pt. Jalan Hj. Sharif 1700 7.5
    4 Pt. Jalan HJ. Alias 1540 6.8
    5 Pt Jalan Mawar 1200 7.5
    6 Pt Jalan Rose 950 6.5
    7 Pt Jalan Dato’ Moskam 2120 6.7
    8 Pt Jalan Abdul Aziz 850 6.7
    9 Pt Jalan Utama Persekutuan Kanan 3025 6.0
    10 Pt Jalan Utama Persekutuan Kiri 3025 6.0
    11 Pt Pusat Desa Kampung   Bukit Badong 1550 6.8
    12 Pt Jalan Datuk Karjan 1950 7.5
    13 Pt Jalan Sempadan 1600 6.2
    14 Pt Jalan Lintang 2 1100 7.2
    15 Pt Jalan Hj. Mansur 650 6.8
    16 Pt Jalan Salleh/ Hj. Nasir 1250 7.1
    17 Pt Jalan Shafie 950 6.5
    18 Pt Jalan Hj. Nor 650 6.5
    19 Pt Jalan Lintang 3 Kanan 1025 7.2
    20 Pt Jalan Lintang 3 Kiri 1025 7.2
    21 Pt Jalan Tarmidi 1000 6.2
    22 Pt Jalan Pingitan 1000 6.7
    23 Pt Jalan Warisan 1 & 2 Kanan 925 7.5
    24 Pt Jalan Warisan 1 & 2 Kiri 925 7.5
    25 Pt Jalan Muhibah 1,2,3 2050 6.7
    26 Pt Jalan Sempadan Tasik Putri Kampung Harmoni 1800 9.5
    27 Pt Jalan Bakti 1250 6.5
    28 Pt Jalan Makmur 1350 8.0
    29 Pt Jalan Makmur Lintang 2 1280 7.0
    30 Pt Jalan Rukun 1900 8.5
    31 Pt Jalan Dusun 450 6.8
    32 Pt Jalan Sempadan 2 400 6.0
    33 Pt Jalan Pinggiran 400 8.0
    34 Pt KB/BB1 Kampung   Jaya Setia 1280 9.0
    35 Pt Loji 600 7.0
    36 Pt Jalan Jaya 1 440 7.0
    37 PT KB /DD 1 1500 7.0
    38 Pt Jalan Waja 800 6.0
    39 PT TS/G1G3 1700 7.0

     

Lampiran

Tiada Lampiran.