Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

137) PERPINDAHAN PENIAGA-PENIAGA PASAR BASAH SELAYANG BARU

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Perancangan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menyusun semula pembangunan di kawasan Selayang Baru adalah sesuatu yang baik demi kepentingan penduduknya. Namun demikian, pembinaan pasar baru yang akan menempatkan peniaga-peniaga yang buat masa ini berniaga dalam kawasan pasar basah Selayang telah menimbulkan banyak rungutan dan keputusan ini seharusnya dipertimbangkan semula. Apakah rasional Pihak Berkuasa Tempatan membina bangunan baru sedangkan pasar basah sedia ada boleh dinaiktarafkan dengan memberi perhatian kepada susun atur dan aspek-aspek utiliti yang sempurna dan kemas

    Perancangan pasar telah dibuat sejak tahun 1997 dengan perjanjian ditandatangani di antara pemaju dengan Kerajaan Negeri memandangkan tapak pasar lama terlalu kecil dan uzur.

Lampiran

Tiada Lampiran.