Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

109) PERPINDAHAN SETINGGAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status dan perkembangan perpindahan setinggan di Kg Bunga Raya, Kuang oleh pihak PKNS?

    PKNS sedang membina rumah pangsa kos rendah di atas lot 10190 dan lot 1022 di
    pekan kuang bagi tujuan pemindahan setinggan Kampung Bunga Raya, Kuang. Status
    pembinaan telah mencapai 38 peratus siap dan di jangkakan siap pada Disember 2010.
    Sebanyak 180 unit dengan harga RM 35,000 seunit melibat 2 blok akan dibina bagi
    menempatkan semua pemindahan setinggan di Kampung Bunga Raya.

Lampiran

Tiada Lampiran.