Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

99) PERPUSTAKAAN AWAM

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah peranan dan objektif perpustakaan awam daerah dan desa?

    Peranan Perpustakaan awam daerah dan desa

    • Memberi perkhidmatan dan kemudahan membaca bagi komuniti diperingkat daerah dan desa
    • Melaksanakan kempen-kempen membaca diperingkat daerah dan desa
    • Memberi perkhidmatan Perpustakaan Bergerak kepada kawasan-kawasan jauh dari perpustakaan atau sekolah-sekolah.
    • Memberi khidmat rundingan bagi penubuhan perpustakaan mini atau di rumah.
    • Memperolehi sumbangan bagi Bank Buku Darul Ehsan.

    Objektif Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

    • Menubuh, mengurus dan menyelenggarakan Perpustakaan Awam Negeri dan cawangan-cawangan perpustakaan di seluruh negeri
    • Mengadakan dan menyelenggara Perpustakaan Bergerak dan Perpustakaan Desa.
    • Mengambil alih mana-mana perpustakaan yang ada di dalam negeri dengan persetujuan pentadbir perpustakaan tersebut.
    • Mengembangkan dan menggalakkan bacaan khususnya dalam Bahasa

    Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.