Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

146) PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah kehadiran pengunjung ke Perpustakaan Awam dari 2014- 2016.

    1. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor mempunyai 104 pusat perkhidmatan di seluruh Selangor yang terdiri daripada:

     

    Bil Perpustakaan Jumlah
    1 Perpustakaan Negeri 1
    2 Daerah 7
    3 Cawangan 4
    4 Pekan 12
    5 Desa 71
    6 Bergerak 9
      Jumlah Keseluruhan 104

     

    Jumlah pengunjung yang telah mengunjungi Perpustakaan Awam Selangor pada tahun 2014 sehingga 2018 ialah seramai 8,258,415 orang. Berikut ialah pecahan statistik pengunjung Perpustakaan sejak daripada tahun 2014:

     

    Bil Perpustakaan 2014 2015 2016 2017 2018 Jumlah
    1 Perpustakaan Negeri 814,848 696,083 909,656 991,773 971,455 4,383,815
    2 Daerah 238,618 246,582 273,828 246,965 215,250 1,221,243
    3 Cawangan 145,395 155,975 172,423 89,158 89,598 652,549
    4 Pekan 71,627 71,900 77,529 114,050 104,181 439,287
    5 Desa Zon 1 197,133 182,762 190,612 196,385 190,140 957,032
    6 Desa Zon 2 85,647 83,761 82,621 119,528 124,010 495,567
    7 Bergerak 22,094 17,186 15,926 53,661 55,191 108,922
      Jumlah 1,575,362 1,454,249 1,722,595 1,811,520 1,694,689 8,258,415

    *Perpustakaan Bergerak telah dijenamakan semula sebagai #SmartSelangor Mobile Library

    Nota tambahan: Penurunan pada 2018 adalah disebabkan oleh penutupan 2 perpustakaan daerah iaitu Sg. Besar dan Gombak,  1 perpustakaan cawangan iaitu Tanjung Karang, dan 2 perpustakaan desa iaitu Bukit Kapar dan Jeram

Lampiran

Tiada Lampiran.