Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

88) PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR (PPAS)

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukkan untuk membaik pulih bangunan Perpustakaan Awam yang uzur di Sabak Bernam?

    Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah ditubuhkan melalui Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor 1968 dan telah diwartakan dalam Warta Kerajaan No. 5, bertarikh 27 Mac 1969, Warta Kerajaan No.7, 1975 (pindaan) serta Warta Kerajaan No. 29, 2011 (pindaan)

    Perkhidmatan perpustakaan di Negeri Selangor bermula pada tahun 1971. Sehingga kini terdapat 95 perpustakaan meliputi 1 perpustakaan ibu pejabat, 7 buah Perpustakaan Daerah, 6 Perpustakaan Cawangan, 8 Perpustakaan Pekan,

    55 buah Perpustakaan Desa Negeri dan 16 Perpustakaan Desa di bawah Perpustakaan Negara Malaysia serta 2 unit Perpustakaan Bergerak. Pecahan perpustakaan mengikut daerah adalah sebagaimana berikut:

     

    Daerah

    Kategori Perpustakaan  

    Jumla h

    Pusa

    t

    Daera

    h

    Cawanga

    n

    Peka

    n

    Desa Bergera

    k

    Petaling 1 1 3 5
    Klang 1 1 1 4 7
    Kuala

    Langat

    1 9 1 11
    Kuala

    Selangor

    1 1 1 11 14
    Sabak 1 2 22 1 26
    Bernam              
    Hulu

    Langat

    1 1 3 7 12
    Hulu

    Selangor

    1 1 7 9
    Gombak 1 1 2 4
    Sepang 1 6 7
     

    Jumlah

     

    1

     

    7

     

    4

     

    10

     

    71

     

    2

     

    95

     

    Bagi Daerah Sabak Bernam terdapat 26 perpustakaan yang terdiri daripada Perpustakaan Daerah (1), Perpustakaan Pekan (2), Perpustakaan Desa (22) dan Perpustakaan Bergerak (1) unit.

    Senarai perpustakaan adalah sebagaimana berikut:

    Kategori Bil. Perpustakaan Tahun

    Operasi

    PERPUSTAKAA

    N DAERAH

    1. Perpustakaan Daerah Sabak Bernam  

    1977

    PERPUSTAKAA

    N PEKAN

    2. Perpustakaan Pekan Sekinchan  

    1999

      3. Perpustakaan Pekan Dataran Sabak Bernam 2005
    PPERPUSTAKA AN DESA DAERAH SABAK BERNAM 4. Perpustakaan        Desa    Bagan    Terap,     Sungai

    Panjang,

    2006
    5. Perpustakaan Desa Bagan Nakhoda Omar 2007
    6. Perpustakaan. Desa Binjai Jaya, Sungai Panjang 1993
    7. Perpustakaan Desa Pasir Panjang 2006
    8. Perpustakaan Desa Batu 2, Sepintas 1998
    9. Perpustakaan Desa Sg. Air Tawar 1998
    10. Perpustakaan Desa Kg. Banting 1999
    11. Perpustakaan Desa Tebuk Berihun 1999
    12. Perpustakaan Desa Sg. Apong 1999
    13. Perpustakaan Desa Taman Muhibbah 2001
    14. Perpustakaan Desa Kg. Batu 4 Sepintas 2001
    15. Perpustakaan Desa Kg. Batu 38, Sabak Bernam 2001
    16. Perpustakaan Desa Kg. Simpang Lima 2001
    17. Perpustakaan Desa Kg. Tebuk Mufrad 2004
    18. Perpustakaan Desa Kg. Parit Baru, Sungai Air 2004

     

        Tawar  
    19. Perpustakaan Desa Kg. Tebuk Pulai, 2005
    20. Perpustakaan Desa Kg. Parit 14, Sg Panjang 2005
    21. Perpustakaan Desa Kg. Parit 6, Sg. Besar 2005
    22. Perpustakaan Desa Kg Parit 11 Barat, Sg. Besar 2006
    23. Perpustakaan    Desa Parit 7 Baroh, Sg. Leman,

    Sekinchan

    2006
    24. Perpustakaan Desa Taman Setia Jaya 2006
    25. Perpustakaan Desa Parit 8, Jalan Sungai Panjang, 2007
    PERPUSTAKAA

    N BERGERAK

    26. Perpustakaan Bergerak M9 Sungai Besar  

    Perpustakaan memulakan konsep penjenamaan semula pada tahun 2009 yang salah satu diantara 3 elemen yang terlibat adalah Pembangunan Infrastruktur Perpustakaan (Selesa, Cantik & Kondusif). Melaluinya, perpustakaan berusaha memberikan penekanan kepada membaikpulih infrastuktur bangunan yang melibatkan bumbung, lantai, struktur bangunan, pendawaian dan tandas disamping itu perpustakaan juga akan dilengkapkan dengan perabut yang selesa, ruang solat, perkakasan IT, WiFi percuma dan dekorasi dalaman yang cantik dan ceria berkonsepkan atau „Rumah Keduaku‟ atau „My Second Home‟

     

    Berikut adalah peruntukan pembangunan Kerajaan Negeri bagi kerja-kerja pemuliharaan dan pembaikan infrastruktur bagi perpustakaan didaerah Sabak Bernam:

     

    BIL Perpustakaan Kos Status
      Kerja-kerja pemasangan pendingin hawa 48 unit 2 kuasa kuda (inverter) Di Perpustakaan Daerah Sabak

    Bernam

     

    RM 238,800.00

     

    Selesai

       

    Perpustakaan Desa Kg. Parit Baru

     

    RM 169,568.00

     

    Selesai

       

    Perpustakaan Desa Parit 8, Sabak Bernam

     

    RM 61,344.00

     

    Selesai

       

    Perpustakaan Desa Parit 14, Sabak

     

    RM131,771.00

     

    95%

     

      Bernam    
       

    Perpustakaan Pekan Sekinchan, Sabak Bernam

     

    RM 400,000.00

    Sedang Dalam Proses Pengubahsuaian
       

    Menaiktaraf dan Penjenamaan Semula (Rebranding) Perpustakaan Daerah Sabak Bernam

     

    RM 1,375,000.00

     

    Projek dikendalikan oleh JKR.

    Jangkaan buka

    sebutharga pada November 2016

      JUMLAH RM

    2,376,483.00

     

    Bagi Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK 11) Kerajaan Negeri memperuntukan RM 4,250,000.00 juta bagi kerja-kerja menaiktaraf 17 perpustakaan desa di Daerah Sabak Bernam dengan anggaran kos RM 250,000.00 setiap perpustakaan. Usaha menaiktraf perpustakaan yang uzur ini akan dilaksanakan secara berperingkat. Perpustakaan juga dari semasa ke semasa membuat kerja-kerja pembaikan kerosakan prasarana dan infrastruktur yang diterima dari semasa ke semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.