Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

34) PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR (PPAS)

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan bilangan kunjungan dan pinjaman buku di perpustakaan bawah PPAS.

    Untuk makluman Y.B. Rawang, jumlah pengunjung yang telah mengunjungi Perpustakaan adalah seramai 8,258,415 orang sejak daripada tahun 2014-2018 berikut adalah jumlah pecahan pengunjung mengikut tahun dan daerah, cawangan, pekan, desa dan #SmartSelangor Mobile Library (SML)

    Bil Perpustakaan 2014 2015 2016 2017 2018 Jumlah
    1 Perpustakaan Negeri 814,848 696,083 909,656 991,773 971,455 4,383,815
    2 Daerah 238,618 246,582 273,828 246,965 215,250 1,221,243
    3 Cawangan 145,395 155,975 172,423 89,158 89,598 652,549
    4 Pekan 71,627 71,900 77,529 114,050 104,181 439,287
    5 Desa Zon 1 197,133 182,762 190,612 196,385 190,140 957,032
    6 Desa Zon 2 85,647 83,761 82,621 119,528 124,010 495,567
    7 Bergerak 22,094 17,186 15,926 53,661 55.191 108,922
      Jumlah 1,575,362 1,454,249 1,722,595 1,811,520 1,694,689 8,258,415

    Nota tambahan: Penurunan pada 2018 adalah disebabkan oleh penutupan 2 perpustakaan daerah iaitu Sg. Besar dan Gombak,  1 perpustakaan cawangan iaitu Tanjung Karang, dan 2 perpustakaan desa iaitu Bukit Kapar dan Jeram.

     Manakala jumlah pinjaman buku oleh orang ramai di perpustakaan sejak daripada tahun 2014–2018 adalah sejumlah 3,741,352 naskah. Berikut adalah statistik jumlah pinjaman buku di perpustakaan

     PEMINJAMAN (NASKHAH):

    Bil Perpustakaan 2014 2015 2016 2017 2018 Jumlah
    1 Perpustakaan Negeri 138,569 168,838 166,174 152,287 157,339 783,207
    2 Daerah 109,638 136,347 146,272 120,479 107,099 619,835
    3 Cawangan 56,194 87,616 98,448 59,101 57,356 358,715
    4 Pekan 70,189 68,605 59,985 79,448 91,243 369,470
    5 Desa Zon 1 239,932 237,116 15,970 277,599 265,325 1,035,942
    6 Desa Zon 2 101,565 106,145 11,082 126,119 107,067 451,978
    7 Bergerak 19,412 7,820 7,826 40,129 47,018 122,205
      Jumlah 735,499 812,487 505,757 855,162 832,447 3,741,352

Lampiran

Tiada Lampiran.