Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

88) PERPUSTAKAAN AWAM SUNGAI BESAR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan kos operasi, kos penyelenggaraan dan gaji kakitangan yang bertugas di Perpustakaan Awam Sungai Besar?

    Perpustakaan Awam Sungai Besar yang terletak didalam Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam telah dibuka pada tahun 1977. Perpustakaan ini mempunyai seorang Penolong Pustakawan dan 5 orang kakitangan sokongan yang lain. Kos operasi Perpustakaan Sungai Besar adalah berjumlah RM 359,129.00 meliputi bayaran gaji dan emolumen berjumlah RM181,827.00, bayaran utiliti berjumlah RM61,910.00 dan bayaran penyelenggaraan berjumlah RM115,392.00

Lampiran

Tiada Lampiran.